Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 4
Rabu, 15 Oktober 2014
MODUL 1 : DUNIA KOMPUTER (Apa itu komputer?)
Apa itu Komputer?
1. Komputer adalah alat elektronik yang dapat menerima data, memproses data, menyimpan data dan menghasilkan output.
2. Komputer terdiri dari berbagai jenis. Ianya digunakan untuk berbagai tujuan dan berbeza dari segi saiz, harga dan keupayaan.
Istilah asas mengenai komputer
1. Peranti : Peralatan yang disambung kepada sistem unit.
2. Perisian : Program atau arahan yang memberitahu komputer apa yang harus dilakukan.
3. Data : Fakta mengenai sesuatu benda atau orang seperti nama, gambar, warna, saiz, bilangan dan sebagainya.
4. Maklumat : Data yang telah diproses menjadi sesuatu yang bermakna.
Jenis-jenis Komputer
Komputer boleh dikelaskan kepada tujuh (7) jenis komputer. Jenis-jenisnya bergantung kepada saiz , kelajuan dan kuasa pemprosesan.
1. Komputer Peribadi
2. Komputer mudah alih
3. Konsol mainan berkomputer
4. Pelayan
5. Komputer benam (embedded)
6. Komputer tangan (hand held)
7. Komputer tablet
Langgan:
Catatan (Atom)